Ulasan Buku KEBANGKITAN NEGARA MAYA - KEKAYAAN DAN KUASA PADA ABAD MENDATANG.

Dibawah merupakan merupakan link untuk softcopy buku tersebut.

https://books.google.com.my/books?id=YsWtxYnBtP4C&pg=PA24&lpg=PA24&dq=negara+maya&source=bl&ots=gpSwjz0LdN&sig=m9GBWLPNfNBp9yxQt6Z6

ulasan daripada ahli kumpulan:


  1. Yong Qing-Xin A159264:
Bab 8: Jepun
Jepun, walaupun sebuah negara yang kecil, amat berjaya dari pelbagai aspek seperti teknologi, sosial dan ekonomi. Walaupun Jepun pernah mengalami berbagai-bagai rintangan pada masa dahulu seperti krisis ekonomi, Jepun telah berjaya menangani halangan tersebut dengan strategi yang mantap seperti pengantarabangsaan, manakala kerjasama dengan Amerika Syarikat juga berjaya menaikkan status negara di peringkat global. Jepun mengamalkan prinsip-prinsip tersendiri dalam pentadbiran dan pengurusan, dengan etika kerja yang mula dan semangat mencintai negara yang mendalam menjurus kepada kejayaan negara tersebut. Malaysia wajar mencontohi nilai positif daripada negara Jepun untuk terus maju dalam usaha menjadi sebuah negara maya.
  1. NUR SHAFIQAH BT ABDUL RAHIM (A159261):
Buku kebangkitan negara maya mengulas mengenai perluasan kuasa atau  strategi
menunjukkan ekonomi negara yang mempunyai keluasan tanah yang terhad. Apabila
hasil tanah tidak lagi menentukan hubungan pasaran dengan kuasa, maka
terbentuklah negara maya. Negara maya ialah negara maju tanpa memajukan kuasa
perindustrian di negara mereka kerana pusat perindustriannya berada di negara lain.
Oleh itu, keluasan sesebuah negara tidak lagi dijadikan satu penghalang untuk
sesebuah negara memajukan negara mereka.
  
    3.  NG LEN LUET (A160612):
Pada pendapat saya, hasil karya KEBANGKITAN NEGARA MAYA - KEKAYAAN DAN KUASA PADA ABAD MENDATANG boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. -Pertamanya, hasil buku ini menceritakan latar belakang dunia pada tahun 1940 sehingga 1999 , dan mengapa negara maya muncul.
-Seterusnya, akibat kemunculan negara maya terhadap ekonomi dunia.
-Akhir sekali, hasil karya ini melampirkan keadaan sesebuah negara maya pada zaman dahulu dan bagaimana ia mempengaruhi seluruh dunia dalam pengunaan teknologi.


4. NUR SAFINAH BT FADZIL (A158724)
Dalam membentuk Negara maya memerlukan perkongsian antara tatanegara dengan ekonomi yang fungsi dalam Negara dan antarabangsa. Selain itu, Negara maya sangat mementingkan ekonomi iaitu dengan adanya ekonomi Negara yang kukuh akan mempengaruhi kemantapan dari segi politik dan sosial iaitu dapat melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Era Negara maya ini juga menandakan bahawa tiada lagi peperangan secara besar-besaran seperti Perang Dunia 1 dan Perang Dunia 2. Hal ini bagi meningkatkan kemakmuran dunia malah Negara-negara dunia akan lebih bersaing secara bijak dalam pelbagai bidang.


5.Mohamad Faris Bin Hassan A159889
Pada pandangan saya berkenaan KEBANGKITAN NEGARA MAYA - KEKAYAAN DAN KUASA PADA ABAD MENDATANG, penulis bijak menyusun bahagian buku ini dengan membahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama menyentuh mengenai ‘teori’, kedua berkaitan ‘implikasi politik dan antarabangsa’, ketiga menyebut ‘negara pada zaman maya’ dan keempat berkisar mengenai ‘sistem baharu politik dan ekonomi antarabangsa’. Penulis juga menyelit lampiran berkaitan ‘Teori Antarabangsa: Paradigma Baharu?’. Dalam bahagian prakata, penulis telah mengupas secara ringkas dan padat mengenai masalah-masalah yang berlaku di peringkat global seperti peperangan, konflik dan persengketaan, kemiskinan, kegagalan hubungan diplomatik dan sebagainya.


6. Hayatu Nur Syameyla binti Che Hasim (A157230)


Secara umumnya, karya Kebangkitan Negara Maya-Kekayaan dan Kuasa Pada Abad Mendatang meneliti dan membincangkan tentang keadaan sesebuah negara maya pada abad ke21. Buku ini juga mengulas bahawa perluasan kuasa dari pelbagai segi seperti ekonomi, sosial dan sebagainya sudah tidak menjadi ukuran bagi menentukan kemajuan sesebuah negara. Bahkan, negara yang maju adalah negara yang berjaya membangunkan pusat perindustriannya di negara luar.


7. CLAUDYA LUNCHA ANAK JULIN (A158595)
Buku Kebangkitan Negara Maya mengulas mengenai strategi atau cara perluasan kuasa yang digunakan ekoran ekonomi negara yang agak terhad berdasarkan keluasan tanah yang dimiliki oleh sesuatu negara. Negara Maya terbentuk melalui hasil tanah yang tidak lagi menentukan hubungan pasaran dengan kuasa. Ia bersifat sebagai negara maju yang tidak berimejkan kuasa perindustrian kerana pusat perindustrian negara tersebut akan berada di negara lain. Oleh hal yang demikian, keluasan negara yang terhad tidak dijadikan sebagai penghalang sesebuah negara untuk memajukan negara mereka.


8. NOR AZLI AZUAN BIN NOR AZLAN (A161292)


Buku Kebangkitan Negara Maya mengulaskan mengenai pembentukan negara baru melalui penguasaan terhadap ekonomi dunia. Jika ingin dibandingkan dengan konsep kuasa penjajahan pada masa dahulu, penguasaan wilayah melalui kuasa rampasan tanah secara mata kasarnya dapat dilihat apabila hilangnya sesuatu kawasan atau wilayah itu akibat dijajah. Tetapi kini, kewujudan penguasaan ekonomi oleh negara luar yang tidak disedari rakyat semakin berleluasa yang membentukkan negara maya itu sendiri.



9. YEE YEN SING    (A159127)
Bab 1: Negara jenis Baharu
Negara maya ialah sebagai negara bermuncul pada zaman kini. Ia lebih mementingkan sumber tidak nyata, tanah
tidak lagi dianggap penting berbanding penduduk yang berpelajaran, ekonomi antarabangsa secara keseluruhannya. Hal ini demikian kerana tanah dan tenga buruh tidak lagi dapat memupuk kemajuan pada zaman globalisasi ini. Ia Ambil berat perdagangan juga dapat mengurangkan peperangan, melalui keluaran produk-produk sendiri dan import dapat kita memperolehi sumber kehidupan yang mencukupi.

10. MUHAMMAD HAFIZI BIN HAYAZI (A159847)
    Buku ini memberikan pemahaman kepada kita tentang definisi negara maya,ciri-ciri negara maya serta contoh-contoh kejayaan negara maya. Apabila hasil tanah tidak lagi menentukan hubungan pasaran dengan kuasa,maka terbentuklah negara maya. Negara maya adalah negara yang membangunkan ekonomi melalui sektor perkhidmatan kerana keluasan tanah mereka yang terhad menyebabkan hasil pengeluaran dalam negeri sedikit.Oleh itu, para pemimpin negara tersebut bijak memanfaatkan sektor perkhidmatan sebagai sumber ekonomi utama.Contohnya, negara Singapura yang mempunyai penguasaan perniagaan atas talian yang mantap.Mereka mementingkan pelaburan asing dengan bekerjasama dengan negara maya yang lain.

Comments

Popular Posts