JOM TAARUF DIRI- sesi perkenalan diri


  1. Yong Qing-Xin A159264: Jangkaan dapatan saya adalah dapat lebih memahami dan menghargai sejarah dan budaya Tamadun Islam dan Asia, terutamanya sejarah penubuhan, perubahan dan kegemilangan sesebuah tamadun. Tambahan pula, saya ingin mengetahui amalan-amalan pelbagai budaya supaya dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum, latar belakang dan kepercayaan.
  2. Claudya Luncha Anak Julin A158595 : Daripada kelas ini, saya menjangka untuk mengkaji lebih dalam tentang sejarah kewujudan dan sistem kerajaan Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selain itu, saya juga ingin mengkaji dan melihat hubungkait di antara sistem sosial dan kebudayaan masyarakat semasa Tamadun Islan dan Tamadun Asia dengan sistem sosial dan kebudayaan masyarakat semasa.
  3. NUR SHAFIQAH BT ABDDUL RAHIM (A159261): Pada pendapat saya, jangkaan yang dapat saya peroleh apabila mengikuti subjek tamadun islam dan asia tenggara adalah dapat mengetahui dan memahami sesuatu tamadun, asal usul tamadun dan bagaimana tamadun itu tercipta. Selain itu, saya juga berpendapat dengan mempelajari akan kepentingan-kepentingan tamadun yang ada ini, ianya akan mengubah diri seseorang individu serta masyarakat sekeliling dengan ilmu yang diperoleh.
  4. NG LEN LUET (A160612): Jangkaan saya ialah kitai dapat lebih mengetahui kehidupan masyarakat pada tamadun tersebut. Selain itu,kami juga dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza supaya kita sentiasa hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
  5. NUR SAFINAH BT FADZIL (A158724)  : Jangkaan yang akan saya dapat melalui subjek ini ialah saya dapat mengetahui,mempelajari dan memahami bukan sahaja mengenai keunggulan Tamadun Islam malah juga Tamadun Asia Tenggara dengan lebih mendalam. Selain itu, saya juga berharap dengan mempelajari subjek ini dapat melahirkan rasa tanggujawab dalam diri agar lebih memahami mengenai kepelbagaian kaum dan agama yang terdapat di negara ini yang mana jatuh bangun sesebuah tamadun dan negara bergantung kekuatan sesebuah masyarakat tersebut.
  6. Mohamad Faris bin Hassan
    A159889 (0139003479)
    Saya berharap agar  saya dapat lebih memahami perkembangan tamadun Islam dan tamadun Asia. Selain itu, saya juga berharap dapat mendalamkan ilmu saya mengenai kepentingan dan perubahan tamadun dari dulu hingga sekarang dan mangaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
  7. Hayatu Nur Syameyla binti Che Hasim (A157230):Pada akhir kursus ini, saya menjangkakan saya akan dapat mengetahui dan lebih mendalami tentang ketamadunan yang wujud khususnya Tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain di Asia. Saya menjangkakan saya akan dapat mendalami tamadun-tamadun tersebut dalam pelbagai aspek kehidupan,politik, budaya, agama dan sebagainya yang mencakupi seluruh hal yang berkaitan. Saya juga mengharapkan bahawa saya mampu mengaut pengetahuan-pengetahuan yang bakal diperoleh dan mampu merungkai segala persoalan dan kesamaran yang timbul dalam hal berkaitan ketamadunan Islam dan Asia.
  8. Yee Yen Sing (A159127):Jangkaan saya dari kelas ini ialah pengetahuan mengenai sejarah yang tersebut. Selain itu, Kita juga dapat memahami keunikan budaya kaum masing-masing dan dapat mengeratkan hubungan antara kaum.
  9. Nor Azli Azuan Bin Nor Azlan (A161292):Pada jangkaan saya untuk subjek Tamadun Islam dan Tamdun Asia, saya akan memperoleh ilmu yang lebih mendalam tentang sejarah tamduan islam dan tamadun asia yang membolehkan saya mengetahui secara terperinci mengenai dunia islam dan asia dengan lebih tepat. Dan juga, agar saya dapat mengetahui info info berkaitan kejatuhan tamadun tamadun gemilang ini pada suatu ketika dahulu, agar ianya tidak berulang lagi masazaman sekarang.
  10. MUHAMMAD HAFIZI BIN HAYAZI (A159847) :Jangkaan yang dapat saya peroleh dalam kursus ini adalah saya memperoleh pengetahuan mengenai sejarah ketamadunan islam dan asia.Selain itu, saya dapat mempelajari dan memahami kepelbagaian budaya dan kepercayaan masyarakat serta hubungkaitnya dalam pembentukan masyarakat yang harmoni.

Comments

Popular Posts