Mengapa Kita Perlu Belajar Titas?



  1. Yong Qing-Xin A159264:
    - Untuk lebih memahami tamadun dulu dan sekarang, serta keunggulan dan keunikan tamadun tersebut
    - Untuk mendalami pelbagai sistem yang diamalkan dalam tamadun berbeza supaya lahir perasaan cinta dan lebih menghargai unsur kebudayaan semua tamadun
    - Untuk menghilangkan prasangka dan menjalankan dialog antara tamadun supaya saling memahami dan mengurangkan pertembungan antara elemen berbeza.
  2. NUR SHAFIQAH BT ABDUL RAHIM (A1592261):
- Supaya dapat memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara
tamadun islam, tamadun cina, tamadun india dan tamadun asia.
- Mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan tamadun masa
dahulu serta pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan
agama dan kepelbagaian budaya yang ada.
- Dapat menyemai persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati
dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan
budaya di negara kita.
- Dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa dan
mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan    ilmu serta memupuk generasi berfikiran tinggi pada masa hadapan.
3. NG LEN LUET
   A160612

Pandangan saya terhadap pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia ialah
1) Kita dapat lebih memahami perbezaan antara Tamadun Cina, Tamadun India, dan Tamadun Islam dari segi agama, kebudayaan, dan bangsa.
2) Permahaman yang lebih mendalam tentang tamadun-tamadun, kita dapat mengetahui tentang kehidupan seharian pada tamadun tersebut dari segi latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan kepada tuhan, dan kepelbagaian adat resam.
3) Kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat yang berbeza kaum atau agama. Akhir sekali, dengan hubungan yang erat antara rakyat yang berbeza kaum, kita dapat bekerjasama untuk mambangunkan negara supaya dapat mencapai status negara maju

NUR SAFINAH BINTI FADZIL
A158724


Mengapa perlu belajar perkara-perkara berkaitan Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara?Beri 4 pandangan yang mantap?


1) Kita dapat mengetahui sumbangan yang telah diberikan oleh Tamadun Islam pada suatu masa dahulu yang mana sumbangan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial pada zaman kegemilangan tersebut yang menjadi cerminan kepada pelaksanaan agama Islam pada masa kini tidak dalam pelbagai aspek termasuklah juga dengan pelaksanaan undang-undang terutamanya di Malaysia.
2) Pentingnya belajar TITAS ini adalah disebabkan kemajmukan dalam masyarakat Malaysia menuntut suatu sistem hidup yang berteraskan nilai-nilai sejagat, sederhana dan progresif serta dapat diterima oleh semua pihak. Ini adalah penting dalam memupuk keharmonian masyarakat yang sedang bergerak ke arah Negara maju.
3) Menyedarkan kita bahawa kegemilangan tamadun-tamadun terdahulu bukanlah suatu perkara yang mudah kerana memerlukan pengorbanan yang terlalu banyak sebelum diiktirafkan suatu tamadun itu untuk mencapai tahap kegemilangan. Seperti yang kita tahu tamadan Islam merupakan tamadun yang paling hebat berbanding tamadun dunia yang lain kerana mempunyai kemantapan dari segi politik,ekonomi dan sosial. Hal ini menjadikan tamadun Islam sebuah tamadun yang tersohor sehingga menjadi cerminan kehidupan penduduk Islam kini.
4) Subjek ini juga membantu membina generasi muda Malaysia yang berpengetahuan serta sensitif dengan isu-isu ketamadunan kontemporari sekaligus dapat membina pengukuhan jati diri dalam kalangan generasi muda.


Kesimpulannya, subjek ini bukan sahaja dapat membina pengetahuan kepada para pelajar tetapi dapat mempersiapkan diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan yang sewajarnya dalam menghadapi realiti sebenar masyarakat yang tanpa sempadan pada hari ini.


Mohamad Faris Bin Hassan A159889

1.Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan.

2.Dapat memahami tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam.

3.Kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia.
4.Melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.


Hayatu Nur Syameyla binti Che Hasim (A157230)
  1. Supaya kita dapat mengetahui dan mendalami tentang selok-belok dan asal kedatangan Islam yang sampai ke Asia dalam memastikan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam dan adat negara-negara Asia yang datang tidak akan hilang ditelan zaman bahkan kekal selamanya.
  2. Pada masa yang sama,ilmu pembelajaran tentang tamadun Islam dan Asia ini dapat membantu para pelajar atau pelapis bangsa untuk menilai baik dan buruk serta kelemahan dan kelebihan yang ada pada sesebuah tamdun itu sendiri sama ada dari sudut agama, kepercayaan, adat-istiadat, kemasyarakatan dan sebagainya.
  3. Kita juga akan dapat memahami bagaimana sesebuah tamadun itu berkembang pesat pada zamannya. Setiap ketamadunan itu pastinya mempunyai naik dan turunnya. Justeru, dengan mempelajari subjek ini kita akan mampu mempelajari cara menambahbaik sesebuah tamadun dan tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
  4. Kita juga akan dapat mengetahui pertembungan-pertembungan yang berlaku antara tamadun-tamadun yang lahir dan mampu mncari satu titik persamaan yang mampu mendamaikan setiap lapisan masyarakat.


Claudya Luncha Anak Julin (A158595)


Mengapa perlu belajar TITAS ?
  1. Mengenali ciri-ciri masyarakat bertamadun.
  • Apabila masyarakat tahu tentang ciri-ciri masyarakat bertamadun, mereka akan dapat membezakan antara masyarakat bertamadun dan masyarakat tidak bertamadun. Hal ini akan membantu masyarakat untuk mengelakkan daripada melakukan atau mengikut ciri-ciri atau tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh masyarakat dan ketamadunan.
  1. Mengkaji faktor-faktor kemerosotan tamadun dan masyarakat.
  • Mengkaji kemerosotan ini akan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keputusan dan langkah yang tidak sesuai untuk diamalkan dan digunakan dalam proses merancang tamadun sekarang.
  1. Membuat penilaian, mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa dan sebab serta akibatnya.
  • Seseorang individu akan dapat tahu bagaimana masyarakat ketika tamadun terdahulu merancang kehidupan dan berjaya berada pada tahap yang tinggi.
  1. Melahirkan perasaan jati diti yang tinggi dan membentuk keperibadian bertamadun dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan tamadun lain.
  • Pembelajaran tamadun akan dapat membantu seseorang individu untuk lebih mengenali sejarah tamadun-tamadun yang ada di dunia sekali gus menyedarkan individu tersebut tentang pentingnya menjaga kesejahteraan tamadun untuk kesejahteraan hidup pada masa hadapan.


NOR AZLI AZUAN BIN NOR AZLAN (A161292)
Mengapa Perlu Belajar Perkara-perkara Berkaitan Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
1. kita perlu belajar tentang sejarah sejarah tamadun yang lepas untuk mengambil iktibar daripada malapetaka ataupun perkara yang telah terjadi dahulu agar ianya tidak berulang.
2. sejarah sejarah tamadun islam yang lepas perlu diingati dan dipelajari kerana tamadun islam pada dulu kala merupakan suatu tamadun yang digeruni di seluruh dunia.
3. yang ketiga, dengan mempelajari semua sejarah sejarah tamadun yang lepas, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat yang berbeza kaum atau agama


4. yang terakhir, kita dapat menmpersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan sewajarnya menghadapi realiti sebenar masyarakat tanpa sempadan hari ini


YEE YEN SING(A159127)
Mengapa Perlu Belajar Perkara-perkara Berkaitan Tamadun Islam dan Tamadun Asia?
1. Kita akan mengenali perbezaan agama, bangsa dan kebudayaan antara tamadun Islam, tamadun India, tamadun Asia dan tamadun Cina.
2. Kita akan menyemat sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya dan keturunan di negara kita.
3. Daripada sejarah dari masa silam, kita akan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berpandangan global dan berfikiran luas.
4. Untuk mengetahui keunggulan tamadun Islam dan tamadun Asia supaya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


MUHAMMAD HAFIZI BIN HAYAZI (A159847)
Mengapa kita perlu belajar TITAS?
1.Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan.
2.Kita dapat lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina, tamadun India dan tamadun Asia.
3.Kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan budaya di negara kita.

4.Melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan.


Comments

Popular Posts